Monday, April 5, 2010

Masalah Komputer

Jika PC anda sudah dipasang anti virus, mengapa perlu buang malware secara manual?

Mac 18, 2010
Kebanyakan pengguna komputer yang agak peka merasakan setelah mereka memasang perisian anti virus pada komputer mereka maka PC mereka telah selamat daripada jangkitan virus atau malware secara umum. Tanggapan yang silap ini sering menyebabkan komputer dijangkiti malware.

Namun jika anda jenis yang kerap kemaskini corak virus pada perisian anti virus anda ( juga anti spyware anda ) adakah masih perlu diimbas dan dibuang malware secara manual?

Jawapan yang diberikan oleh Mark Russinovich adalah ianya masih PERLU!

Bagaimana malware menjangkiti komputer anda?

•Anda telah muatturun perisian yang mengandungi malware dan adware.
•Anda telah klik pada banner atau popup yang mengelirukan.
•Anda melawat laman web yang menggunakan exploits untuk memasukkan malware ke dalam komputer anda.
•Anda tidak menggunakan anti virus ataupun tidak pernah/jarang kemaskini corak virus.
Mengapa anti virus dan anti spyware tidak dapat menyekat malware?

•Kerana malware menyerang dan melumpuhkan secara langsung perisian anti virus dan anti spyware anda.
•Anti virus dan anti spyware amat bergantung kepada kemaskini corak virus!
Sumber : The Windows Club

Dikirim dalam Perlindungan, Spyware, Tip, Tutorial, Virus, Windows, Windows 7, Windows Vista, Windows XP. Label: anti spyware, Anti Virus tidak mampu sekat malwares, corak virus, malware

0 comments: