Sunday, April 25, 2010

.:::Bagaimana Uninstall Trend Micro OfficeScan yang dilindungi kata laluan:::.

Baiklah pada post saya kali ini,saya akan menunjukkan cara mudah dan ringkas bagaimanakah cara untuk uninstall perisian antivirus Trend Micro OfficeScan yang dilindungi kata laluan.Saya pasti tentu ada mereka yang di luar sana terutama rakan-rakan juruteknik komputer yang pernah mengalami masalah ini,terdapat masalah untuk anda membuang perisian antivirus Trend Micro OfficeScan tersebut kerana dilengkapi oleh kata laluan.

Sebenarnya terdapat cara yang cukup mudah untuk anda uninstall perisian ini tanpa perlu mengetahui kata laluan.Saya akan menunjukkan kepada anda cara-cara tersebut lengkap dengan gambarajah.Tutorial ini khas untuk mereka yang menggunakan sistem operasi Windows XP.

Pertama sekali, Klik pada butang “Start” kemudian klik pada “Search“.Selepas itu,cari “Ofcscan.ini” pada ruangan yang disediakan.

Kemudian buka “Ofcscan.ini” ini menggunakan notepad.Kemudian cari bahagian [INI_CLIENT_SECTION].



Kemudian pada barisan Uninstall_Pwd=…. tambah “#” pada bahagian depan ayat tersebut untuk menyahaktifkan barisan tersebut.Contoh “#Uninstall_Pwd=…. “.
Dan tambah satu barisan baru dan taip ” Uninstall_Pwd=70 " seperti gambarajah di bawah.



Kemudian melalui Add or Remove Programs pada Control Panel.Uninstall Trend Micro OfficeScan.Jika kata laluan diminta, masukkan angka “1″ untuk uninstall.Selesai.




Tuesday, April 6, 2010

E-book Windows 7

Mungkin sudah ramai daripada anda yang telah memasang Windows 7 pada komputer mereka.

Di sini saya berikan pautan untuk e-book berkenaan dengan Windows 7.
Windows 7 Pocket Guide by Rich Robinson

Windows 7 Tips & Trick oleh Microsoft

Moga menjadi panduan untuk anda menggunakan sistem operasi terbaru dari Microsoft.

Perkakasan percuma untuk Windows 7 ( dan juga Vista..)

Dua perkakasan percuma telah dibina oleh Ramesh Kumar, seorang MVP untuk The Windows Club.


1.FixWin v1.1 – perkakasan untuk membantu menyelesaikan 50 masalah biasa yang berlaku kepada Windows 7 anda seperti Opsyen Folder hilang, Registry Editor & Task Manager tidak lagi berfungsi ( biasanya angkara virus ) dan lain-lain. Sila muatturun di sini.

2. Ultimate Windows Tweaker v2.0 – bagi anda yang telah biasa dengan TweakUI maka ini adalah perkakasan yang sama fungsinya tetapi untuk Windows 7 & Vista. Perkakasan ini merangkumi 150 ‘tweaks’ untuk Windows anda. Muatturun di sini.

Buang Anti Virus Palsu secara pukal

Seringkali setelah anda melayari internet, anda dapati terdapat beberapa ikon pada ‘desktop‘ komputer anda yang dipasang dengan sendiri! Kebanyakan ikon ini mendakwa sebagai anti virus sedangkan sebenarnya ia adalah anti virus palsu.
Kini telah wujud perkakasan yang boleh digunakan untuk membuang anti virus palsu seperti di bawah :

1.Cyber Security

2.Alpha Antivirus

3.Windows Enterprise Suite

4.Security Center

5.Control Center

6.Braviax

7.Windows Police Pro

8.Antivirus Pro 2010

9.PC Antispyware 2010

10.FraudTool.MalwareProtector.d

11.Winshield2009.com

12.Green AV

13.Windows Protection Suite

14.Total Security 2009

15.Windows System Suite

16.Antivirus BEST

17.System Security

18.Personal Antivirus

19.System Security 2009

20.Malware Doctor

21.Antivirus System Pro

22.WinPC Defender

23.Anti-Virus-1

24.Spyware Guard 2008

25.System Guard 2009

26.Antivirus 2009

27.Antivirus 2010

28.Antivirus Pro 2009

29.Antivirus 360 dan
30.MS Antispyware 2009
 


Perkakasan ini telah dibina oleh Olzen Khaw seorang guru dari negara kita, Malaysia.

Kita dan Perisian Open Source

Kini terdapat perisian Open Source untuk hampir kesemua kategori perisian komersial, namun amat sukar untuk meyakinkan pengguna agar menggunakan perisian ‘Open Source’ yang PERCUMA berbanding dengan menggunakan perisian komersial ( yang mungkin bukan ori pun….. ).
Masalah utama ialah kebanyakan kita malas untuk mempelajari sesuatu yang baru memandangkan kita sudah biasa menggunakan perisian pejabat seperti MS Word, MS Excel ataupun sebagainya. Perisian seperti OpenOffice tidak kurang hebatnya berbanding dengan MS Office, malah PERCUMA pula!
Namun rumusannya ialah kita perlu mengajak dan mendidik orangramai agar mahu mencuba perisian ‘Open Source’ dan tidak beranggapan seperti tohmahan setengah pihak bahawa perisian yang percuma tidak/kurang berkualiti.
Anda boleh lihat sendiri senarai perisian ‘Open Source’ sebagai alternatif kepada perisian komersial yang kerap digunakan oleh para pengguna IT masa kini.

Sila lawati laman untuk melihat sendiri senarai yang begitu komprehensif!

Jadikan XP anda lebih stabil?

Xtra Windows Stability mendakwa dapat menjadikan Windows XP anda lebih stabil dengan mengasingkan
proses subsistem Windows seperti Explorer, Desktop dan sebagainya sebagai proses yang berasingan.


Untuk maklumat lanjut dan juga rantaian untuk muatturun, sila lawati DownloadSquad atau di eXessive Software

RAM bermasalah?

Jika komputer anda menjadi teramat lembab, selain daripada masalah virus dan spyware, ia mungkin juga berpunca daripada masalah perkakasan seperti cakera keras ataupun RAM.
Untuk membuat ujian ke atas RAM anda untuk mendapatkan kepastian, anda boleh muatturun DocMem 2.0 oleh simmtester.com. Boleh digunakan untuk Windows 95/98/Me/2000 dan XP