Wednesday, December 1, 2010

.:::Laman Games Pendidikan AnakkuSayang:::.

Laman Games Pendidikan AnakkuSayang?

Laman Games AnakkuSayang adalah satu laman games-games berunsur islamik, mendidik minda, akhlak, peribadi dan kreativiti anak-anak. Pelbagai jenis games yang Istimewa dibina dan dikumpulkan dalam satu laman online cuma untuk satu tujuan, mendidik anak anda dalam keadaan yang menggembirakan anak-anak dan ibubapa.

Sehingga kini sudah ada 2 games utama dan 11 Games Bonus di dalam laman ini. Games-games ini akan kami tambah dari masa kesemasa dan kami berikan anda semua update-update games ini secara Percuma!

Mengapa pendidikan awal penting?

Sebenarnya ransangan minda yang anak-anak dibawah usia 6 tahun dapat, adalah jauh lebih memberi kesan kepada peningkatan IQ dan EQ anak. Seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak, Glen Doman selepas 40 tahun mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak menyebut tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak berkata:

"Every child born has, at the instant of birth, a higher potential intelligence than Leonardo Da Vinci ever used and It is easier to give a one-year-old encyclopedic knowledge than it is to give it to a six-year-old."

Maksudnya :

"Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan potensi kebijaksanaan yang lebih tinggi dari Leonardo Da Vinci. Mengajar seorang bayi berusia satu tahun pengetahuan ensiklopedia adalah lebih mudah berbanding budak berusia 6 tahun".

Sebab itu, tahun-tahun pertama seorang anak itu dipanggil oleh Doman sebagai tahun-tahun EMAS.

Selepas anak berusia 6 tahun, 90% dari perkembangan otaknya telahpun sempurna. Perkembangan pesat otak seorang manusia berlaku pada 6 tahun pertama kehidupannya.

Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah Arab pula menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika anak dewasa umpama mengukir di atas air. Sebab ituah kita harus bertindak lebih awal dalam mendidik anak-anak. Jangan sampai sudah menjadi buluh baru nak dilentur!

Mengajar anak kecil adalah umpama mengukir di atas batu... ukiran jenis apakah yang akan kita tinggalkan?

Layari untuk maklumat lanjut :






0 comments: