Thursday, May 13, 2010

Cara Untuk Promosi Produk Affiliate

Mungkin ramai yang dah berjaya menjana pendapatan melalui affiliate dan ramai juga masih mencari-cari cara bagaimana untuk mempromosikan produk affiliate ini.Affiliate adalah satu sistem yang membolehkan kita mempromosikan produk orang lain dengan percuma dan menerima komisyen daripada pihak penganjur atau penerbit. Kebiasaannya pihak penganjur akan memberi komisyen sehingga 40%-50% daripada harga sebenar produk. Jika anda mempromosikan produk yang hanya memberikan anda komisyen 10%-20% abaikan saja kerana ia tidak berbaloi..

Jadi terdapat banyak cara untuk mempromosikan produk affiliate. Berikut saya senaraikan cara-caranya:

1) Tawarkan Rebet Harga
Cara ini adalah cara paling popular yang diamalkan oleh penggiat-penggiat affiliate. Kebiasaannya mereka akan menawarkan rebet harga kepada mereka yang berminat. Sebagai contoh: Saya menyertai satu affiliate yang menawarkan komisyen sebanyak RM50 jika saya berjaya membuat satu jualan. Harga asal produk adalah RM100. Jadi sebagai affiliate saya menawarkan rebet sebanyak RM25 kepada mereka yang berminat untuk membeli produk tersebut melalui link affiliate saya. Ini bermaksud komisyen yang saya dapat hanyalah RM25 kerana RM25 lagi perlu dibayar kepada pembeli tadi. Namun begitu perlu diingat..Tidak semua pemilik produk membenarkan tawaran rebet harga ini.Jadi baca terma dan syarat affiliate terlebih dahulu.

2) Tawarkan Bonus-Bonus Tambahan Kepada Pembeli
Cara ini juga agak popular di kalangan affiliaters. Mereka akan menawarkan bonus-bonus tambahan kepada pembeli jika pengguna membeli melalui link affiliate mereka. Kebiasaannya affiliaters akan menawarkan produk yang berkaitan dengan produk utama. Sebagai contoh jika produk saya adalah berkaitan dengan Panduan Website, maka affiliaters mungkin akan menawarkan bonus seperti premium themes, minisites, koleksi grafik dan sebagainya. Kebanyakannya pula adalah produk PLR dan MRR.

3) Iklan Berbayar
cara ini memerlukan anda mengeluarkan modal tapi ia mempunyai kesan yang cepat. Carilah website, blog atau forum yang menawarkan iklan untuk disewa. Namun pastikan website atau blog tersebut mempunyai jumlah trafik yang tinggi di mana jumlah pengunjungnya adalah ramai. Seperti bharian.com.my, harakahdaily.net dan sebagainya. Anda pelu cuba terlebih dahulu untuk mengetahuinya sama ada website atau blog tersebut mempunyai trafik berkualiti atau tidak.

4) Letak Banner produk pada website/blog anda
Ramai orang telah mempraktikkan cara ini. Jika anda mempunyai blog/website letakkan sahaja banner promosi di blog/website anda. Sudah tentu anda mempunyai target user tersendiri. Cara ini paling mudah dan murah yang boleh digunakan.

5) Buat review terhadap produk tersebut.
Kalau boleh anda boleh membuat review terhadap produk tersebut. cari kelebihan produk tersebut dan nyatakan apa yang pembeli boleh dapat manfaat jika membeli produk tersebut. Namun jangan terlebih-lebih membuat review sehinggakan apa yang dikatakan tidak sama dengan objektif produk itu dikeluarkan.

6) Jadikan banner produk sebagai signature anda di forum
Jika anda gemar berforum jadikan banner yang disediakan oleh pemilik produk sebgai signature anda. Setiap kali anda reply post seseorang, maka signature yang mempunyai link affiliate anda akan dipaparkan bersama. Andaikata 100 orang membaca post anda. Sudah tentu antara 100 orang itu akan klik pada banner anda. Dan antara yang klik itu pula berminat dengan produk yang ditawarkan. Secara automatik anda sudah dapat pelanggan

Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh dipraktikkan. Anda boleh explorenya sendiri. Jangan mudah putus asa dan cuba sehingga berjaya. Saya juga masih lagi mencubanya sehingga sekarang..Ada sebarang pandangan dan tambahan boleh tinggalkan mesej di bawah. 

P.S. Berminat Untuk Jadi Affiliate Bagi Produk Jana Wang Adsense? Komisyen RM50 PerJualan! Klik Di Sini--> http://www.rahsia-jana-wang-adsense.com kemudian klik pada affiliate

0 comments: