Tuesday, April 6, 2010

Menyekat Komputer daripada tutup sendiri

Cecacing komputer seperti Blaster diketahui sering menggunakan ‘bug’ yang terdapat dalam Sistem Operasi Windows untuk menutup komputer anda!




Kaedah biasa yang boleh anda lakukan untuk menghalang perkara ini berlaku ialah, jalankan kotak arahan ‘Run’ dan taip shutdown.exe -a dan tekan OK. Komputer anda akan terhalang daripada tutup dengan sendirinya!



Untuk memudahkan anda, boleh juga dibuat ‘shortcut‘ untuk memudahkan tugas berkenaan sepertimana yang dicadangkan oleh Petri juga! Bagi mereka yang tidak biasa (?) membuat shortcut, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini :



1.Klik kanan pada mana-mana ruang kosong pada desktop anda. Pilih New>Shortcut.

2. Dalam petak kosong, ‘Create shortcut wizard’ taip ” shutdown.exe -a”
 


3.Pada ‘Select Type’ taipkan apa sahaja nama untuk shortcut anda itu!

4.Selesai :)

0 comments: