Sunday, April 25, 2010

.:::Bagaimana Uninstall Trend Micro OfficeScan yang dilindungi kata laluan:::.

Baiklah pada post saya kali ini,saya akan menunjukkan cara mudah dan ringkas bagaimanakah cara untuk uninstall perisian antivirus Trend Micro OfficeScan yang dilindungi kata laluan.Saya pasti tentu ada mereka yang di luar sana terutama rakan-rakan juruteknik komputer yang pernah mengalami masalah ini,terdapat masalah untuk anda membuang perisian antivirus Trend Micro OfficeScan tersebut kerana dilengkapi oleh kata laluan.

Sebenarnya terdapat cara yang cukup mudah untuk anda uninstall perisian ini tanpa perlu mengetahui kata laluan.Saya akan menunjukkan kepada anda cara-cara tersebut lengkap dengan gambarajah.Tutorial ini khas untuk mereka yang menggunakan sistem operasi Windows XP.

Pertama sekali, Klik pada butang “Start” kemudian klik pada “Search“.Selepas itu,cari “Ofcscan.ini” pada ruangan yang disediakan.

Kemudian buka “Ofcscan.ini” ini menggunakan notepad.Kemudian cari bahagian [INI_CLIENT_SECTION].



Kemudian pada barisan Uninstall_Pwd=…. tambah “#” pada bahagian depan ayat tersebut untuk menyahaktifkan barisan tersebut.Contoh “#Uninstall_Pwd=…. “.
Dan tambah satu barisan baru dan taip ” Uninstall_Pwd=70 " seperti gambarajah di bawah.



Kemudian melalui Add or Remove Programs pada Control Panel.Uninstall Trend Micro OfficeScan.Jika kata laluan diminta, masukkan angka “1″ untuk uninstall.Selesai.




0 comments: