Sunday, April 25, 2010

.:::Bagaimana Uninstall Trend Micro OfficeScan yang dilindungi kata laluan:::.

Baiklah pada post saya kali ini,saya akan menunjukkan cara mudah dan ringkas bagaimanakah cara untuk uninstall perisian antivirus Trend Micro OfficeScan yang dilindungi kata laluan.Saya pasti tentu ada mereka yang di luar sana terutama rakan-rakan juruteknik komputer yang pernah mengalami masalah ini,terdapat masalah untuk anda membuang perisian antivirus Trend Micro OfficeScan tersebut kerana dilengkapi oleh kata laluan.

Sebenarnya terdapat cara yang cukup mudah untuk anda uninstall perisian ini tanpa perlu mengetahui kata laluan.Saya akan menunjukkan kepada anda cara-cara tersebut lengkap dengan gambarajah.Tutorial ini khas untuk mereka yang menggunakan sistem operasi Windows XP.

Pertama sekali, Klik pada butang “Start” kemudian klik pada “Search“.Selepas itu,cari “Ofcscan.ini” pada ruangan yang disediakan.

Kemudian buka “Ofcscan.ini” ini menggunakan notepad.Kemudian cari bahagian [INI_CLIENT_SECTION].



Kemudian pada barisan Uninstall_Pwd=…. tambah “#” pada bahagian depan ayat tersebut untuk menyahaktifkan barisan tersebut.Contoh “#Uninstall_Pwd=…. “.
Dan tambah satu barisan baru dan taip ” Uninstall_Pwd=70 " seperti gambarajah di bawah.



Kemudian melalui Add or Remove Programs pada Control Panel.Uninstall Trend Micro OfficeScan.Jika kata laluan diminta, masukkan angka “1″ untuk uninstall.Selesai.




Tuesday, April 6, 2010

E-book Windows 7

Mungkin sudah ramai daripada anda yang telah memasang Windows 7 pada komputer mereka.

Di sini saya berikan pautan untuk e-book berkenaan dengan Windows 7.
Windows 7 Pocket Guide by Rich Robinson

Windows 7 Tips & Trick oleh Microsoft

Moga menjadi panduan untuk anda menggunakan sistem operasi terbaru dari Microsoft.

Perkakasan percuma untuk Windows 7 ( dan juga Vista..)

Dua perkakasan percuma telah dibina oleh Ramesh Kumar, seorang MVP untuk The Windows Club.


1.FixWin v1.1 – perkakasan untuk membantu menyelesaikan 50 masalah biasa yang berlaku kepada Windows 7 anda seperti Opsyen Folder hilang, Registry Editor & Task Manager tidak lagi berfungsi ( biasanya angkara virus ) dan lain-lain. Sila muatturun di sini.

2. Ultimate Windows Tweaker v2.0 – bagi anda yang telah biasa dengan TweakUI maka ini adalah perkakasan yang sama fungsinya tetapi untuk Windows 7 & Vista. Perkakasan ini merangkumi 150 ‘tweaks’ untuk Windows anda. Muatturun di sini.

Buang Anti Virus Palsu secara pukal

Seringkali setelah anda melayari internet, anda dapati terdapat beberapa ikon pada ‘desktop‘ komputer anda yang dipasang dengan sendiri! Kebanyakan ikon ini mendakwa sebagai anti virus sedangkan sebenarnya ia adalah anti virus palsu.
Kini telah wujud perkakasan yang boleh digunakan untuk membuang anti virus palsu seperti di bawah :

1.Cyber Security

2.Alpha Antivirus

3.Windows Enterprise Suite

4.Security Center

5.Control Center

6.Braviax

7.Windows Police Pro

8.Antivirus Pro 2010

9.PC Antispyware 2010

10.FraudTool.MalwareProtector.d

11.Winshield2009.com

12.Green AV

13.Windows Protection Suite

14.Total Security 2009

15.Windows System Suite

16.Antivirus BEST

17.System Security

18.Personal Antivirus

19.System Security 2009

20.Malware Doctor

21.Antivirus System Pro

22.WinPC Defender

23.Anti-Virus-1

24.Spyware Guard 2008

25.System Guard 2009

26.Antivirus 2009

27.Antivirus 2010

28.Antivirus Pro 2009

29.Antivirus 360 dan
30.MS Antispyware 2009
 


Perkakasan ini telah dibina oleh Olzen Khaw seorang guru dari negara kita, Malaysia.

Kita dan Perisian Open Source

Kini terdapat perisian Open Source untuk hampir kesemua kategori perisian komersial, namun amat sukar untuk meyakinkan pengguna agar menggunakan perisian ‘Open Source’ yang PERCUMA berbanding dengan menggunakan perisian komersial ( yang mungkin bukan ori pun….. ).
Masalah utama ialah kebanyakan kita malas untuk mempelajari sesuatu yang baru memandangkan kita sudah biasa menggunakan perisian pejabat seperti MS Word, MS Excel ataupun sebagainya. Perisian seperti OpenOffice tidak kurang hebatnya berbanding dengan MS Office, malah PERCUMA pula!
Namun rumusannya ialah kita perlu mengajak dan mendidik orangramai agar mahu mencuba perisian ‘Open Source’ dan tidak beranggapan seperti tohmahan setengah pihak bahawa perisian yang percuma tidak/kurang berkualiti.
Anda boleh lihat sendiri senarai perisian ‘Open Source’ sebagai alternatif kepada perisian komersial yang kerap digunakan oleh para pengguna IT masa kini.

Sila lawati laman untuk melihat sendiri senarai yang begitu komprehensif!

Jadikan XP anda lebih stabil?

Xtra Windows Stability mendakwa dapat menjadikan Windows XP anda lebih stabil dengan mengasingkan
proses subsistem Windows seperti Explorer, Desktop dan sebagainya sebagai proses yang berasingan.


Untuk maklumat lanjut dan juga rantaian untuk muatturun, sila lawati DownloadSquad atau di eXessive Software

RAM bermasalah?

Jika komputer anda menjadi teramat lembab, selain daripada masalah virus dan spyware, ia mungkin juga berpunca daripada masalah perkakasan seperti cakera keras ataupun RAM.
Untuk membuat ujian ke atas RAM anda untuk mendapatkan kepastian, anda boleh muatturun DocMem 2.0 oleh simmtester.com. Boleh digunakan untuk Windows 95/98/Me/2000 dan XP

Hacker?


Tukar kata laluan akaun pengguna XP

Jika anda ingin menukar kata laluan akaun pengguna XP teapi tidak mengetahui kata laluan lama, anda boleh mencuba tip yang dicadangkan oleh admin, dari TechDo.
Cara yang dicadangkan beliau ialah seperti di bawah:

•Pertama sekali anda perlu senarai kesemua akaun pengguna yang ada dalam komputer berkenaan. Caranya ialah klik Start > Run > dan taip cmd. Setelah tetingkap command prompt muncul, taip net users. Maka akan tersenarai kesemua akaun pengguna dalam komputer berkenaan, termasuk akaun pengguna yang tersembunyi.

•Untuk menukar katalaluan bagi akaun pengguna tertentu yang ada dalam komputer berkenaan, munculkan semula tetingkap command prompt. Taip net user Johan * Jika nama pengguna terdiri dari dua perkataan, maka anda perlu letak quote pada nama pengguna berkenaan. Contohnya net user “Johan Arif” *

•Setelah anda taip arahan di atas, sepatutnya Windows akan meminta dimasukkan kata laluan baru. Masukkan kata laluan baru dan tekan Enter. Anda akan diminta untuk tekan Enter sekali lagi untuk mengesahkan tindakan anda. Itu sahaja.

Dapatkan kembali fail yang telah anda buang!

Apabila kita ‘delete’ sebarang fail, ia akan hilang daripada sistem operasi kita, namun ia tetap masih wujud dalam ‘harddisk’ kerana setiap fail yang dibuang, fail itu tetap masih berada dalam ‘harddisk’ anda cuma rujukan kepada fail itu pada FAT atau MFT sahaja yang ditandakan sebagai sudah dibuang!


Oleh itu sekiranya anda telah terbuang atau membuang fail anda serta mengosongkan ‘Recycle Bin’ anda, masih ada peluang untuk anda dapatkan semula fail-fail anda tadi.

Technology Bites mencadangkan agar anda menggunakan Pandora Recovery -


>> Anda boleh mendapat keterangan lanjut di Technology Bites Perkakasan Pandora Recovery boleh anda muatturun di sini!

Anda juga boleh menggunakan perkakasan Restoration untuk melaksanakan tugas yang sama. Sila muatturun di Snapfiles.

Laman Software Patch memberikan beberapa perkakasan lain seperti File Recovery 3 dan Smart Recovery 4.5

Muatturun video dari YouTube, Metacafe dan sebagainya

RAM telah menjelaskan pada blog beliau, Technology Bites, suatu kaedah mudah untuk muatturun video daripada laman perkongsian video seperti Youtube, Google, Metacafe, iFilm, Dailymotion, dan lebih dari 60+ laman video lain.
Cara yang disyorkan ialah anda pergi ke Javimoya.com salin dan tampal link video yang anda kehendaki, pilih sumbernya ( YouTube, Metacafe dsbnya ) dan klik butang download.
Terdapat juga addon untuk Firefox yang boleh anda muatturun di sini.
>> Artikel asal pada blog Technology Bites

Selamat mencuba

Menyekat Komputer daripada tutup sendiri

Cecacing komputer seperti Blaster diketahui sering menggunakan ‘bug’ yang terdapat dalam Sistem Operasi Windows untuk menutup komputer anda!




Kaedah biasa yang boleh anda lakukan untuk menghalang perkara ini berlaku ialah, jalankan kotak arahan ‘Run’ dan taip shutdown.exe -a dan tekan OK. Komputer anda akan terhalang daripada tutup dengan sendirinya!



Untuk memudahkan anda, boleh juga dibuat ‘shortcut‘ untuk memudahkan tugas berkenaan sepertimana yang dicadangkan oleh Petri juga! Bagi mereka yang tidak biasa (?) membuat shortcut, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini :



1.Klik kanan pada mana-mana ruang kosong pada desktop anda. Pilih New>Shortcut.

2. Dalam petak kosong, ‘Create shortcut wizard’ taip ” shutdown.exe -a”
 


3.Pada ‘Select Type’ taipkan apa sahaja nama untuk shortcut anda itu!

4.Selesai :)

Monday, April 5, 2010

Restore Windows lama setelah install Windows 7

Mac 9, 2010
Jika disebabkan oleh sesuatu perkara anda perlu balikkan semula OS anda kepada OS lama setelah anda pasang Windows 7, maka ada cara untuk berbuat demikian.

Ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan.

Pertama : Pastikan bahawa wujud folder Windows.old pada drive C: anda.

Kedua : Pastikan bahawa saiz drive C: yang masih kosong adalah lebih besar daripada saiz folder Windows.old!

Ketiga : Masukkan DVD Windows 7 dan boot menggunakan DVD berkenaan!

Keempat : Pada tetingkap Windows Install, pilih Repair your computer.

Kelima : Kemudian pada tetingkap System Recovery Option, plih versi Windows 7 anda.

Keenam : Seterusnya ketika masih pada tetingkap System Recovery Option lagi klik Command Prompt!

Ketujuh : Langkah selanjutkan ialah memindahkan folder Windows.old. Jalankan arahan berikut pada Command Prompt :-

C: Md Win7Move Windows Win7\Windows

Move “Program Files” “Win7\Program Files”

Move Users Win7\UsersAttrib –h –s –r ProgramDataMove ProgramData Win7\ProgramData

Rd “Documents and Settings”


Kelapan : Jalankan pula arahan-arahan berikut :-

move /y c:\Windows.old\Windows c:\

move /y “c:\Windows.old\Program Files” c:\

move /y c:\Windows.old\ProgramData c:\

move /y c:\Windows.old\Users c:\

move /y “c:\Windows.old\Documents and Settings” c:\

Kesembilan : Anda perlu pula mengembalikan semula boot sector untuk OS asal anda dengan menjalankan arahan berikut :-

Untuk Windows Server 2003/Windows XP/Windows 2000 – jalankan arahan berikut - X:\boot\bootsect /nt52 c dimana X melambangkan drive DVD anda!

Jika OS asal anda ialah Vista, jalankan arahan berikut :- X:\boot\bootsect /nt60 c:

Kesepuluh : Khusus untuk Windows XP/Windows 2000 sahaja, anda juga perlukan mengembalikan semula boot.ini.

Jalankan arahan berikut :-

Attrib –h –s –r boot.ini.savedCopy boot.ini.saved boot.ini

Keluar dari Command prompt dengan menaip exit dan seterusnya reboot komputer anda.

Selamat mencuba.

Sumber : InstantFundas

Dikirim dalam Tutorial, Windows, Windows 7, Windows Vista, Windows XP. Label: Kembalikan OS asal setelah install Windows 7, Restore Windows lama.

Masalah Komputer

Jika PC anda sudah dipasang anti virus, mengapa perlu buang malware secara manual?

Mac 18, 2010
Kebanyakan pengguna komputer yang agak peka merasakan setelah mereka memasang perisian anti virus pada komputer mereka maka PC mereka telah selamat daripada jangkitan virus atau malware secara umum. Tanggapan yang silap ini sering menyebabkan komputer dijangkiti malware.

Namun jika anda jenis yang kerap kemaskini corak virus pada perisian anti virus anda ( juga anti spyware anda ) adakah masih perlu diimbas dan dibuang malware secara manual?

Jawapan yang diberikan oleh Mark Russinovich adalah ianya masih PERLU!

Bagaimana malware menjangkiti komputer anda?

•Anda telah muatturun perisian yang mengandungi malware dan adware.
•Anda telah klik pada banner atau popup yang mengelirukan.
•Anda melawat laman web yang menggunakan exploits untuk memasukkan malware ke dalam komputer anda.
•Anda tidak menggunakan anti virus ataupun tidak pernah/jarang kemaskini corak virus.
Mengapa anti virus dan anti spyware tidak dapat menyekat malware?

•Kerana malware menyerang dan melumpuhkan secara langsung perisian anti virus dan anti spyware anda.
•Anti virus dan anti spyware amat bergantung kepada kemaskini corak virus!
Sumber : The Windows Club

Dikirim dalam Perlindungan, Spyware, Tip, Tutorial, Virus, Windows, Windows 7, Windows Vista, Windows XP. Label: anti spyware, Anti Virus tidak mampu sekat malwares, corak virus, malware